Stress adalah istilah payung yg merangkumi tekanan , beban , konflik , keletihan , ketegangan , panik , prasaan gemuruh , anxiety , murung dan hilang daya . Gejala stress nie terhasil apabila seseorang tuh merasa yg keperluan melebihi drpd keupayaan atau sumber yg ada pd dirinya .
Reaksi stres adalah unik kpd individu tuh sendiri . Apa yg kita definisikan sbg stress , bagaimana kita beraksi kpd stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kpd bagaimana individu tuh menerima dirinya dan org lain . Seperti juga penerimaan seseorang tuh kpd kebahagiaan dlm kehidupan , ianya adalah begitu subjektif .
Perasaan berkemampuan adalah mustahak pd seseorang individu . maksudnya, (individu tuh merasakan dirinya cekap dlm mencapai ape yg dihajati dan melaksanakan segala tnggungjwbnya) . Tuh menjadikan prasyarat pnting pd kebanyakan individu professional dlm penerimaan diri , nilai diri yg positif , dan kesejahteraan hidupnya . Jika kepentingan ini terlampau kuat dlm diri seseorang tuh , maka ia akn lebih cenderung kpd stress yg dicipta dlm dirinya sendiri .
Faktor persepsi adalah penting dan misteri . Kerap kali ape yg dianggap racun kpd seseorang tuh adalah madu pd org lain . (errk! camne tuh ek??) :) . Suatu rngsangan luaran yg identikal tuh boleh menghasilkan pengamatan yg berbeza antara 2 individu yg berlainan . dan seterusnya menghasilkan tindak balas yg berbeza . Sebab tuh laa , ade org yg cpat merebut peluang krn dia dpt melihat tuh sbg pembukaan kpd kejayaan , dan sebaliknya ada org yg membiarkan peluang yg sama berlalu , krn ia melihatnya sbg punca kegagalan atau kerugian . (pastuh wujud laa rase penyesalan kan? Huh! aku dah agak daa!)
Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima diri sendiri . Oleh tuh , suatu realiti tuh bukan laa dijadikan untuk kita , tetapi dibentuk oleh kita sendiri . (ape pon yg berlaku kat kita nie , jgn laa kite salahkan takdir yer . salah besar tuh) . Bergantung juga pd diri seseorang , ada org yg bangkit dgn cabaran dlm kesukaran kehidupan . Ada juga yg mengelak , ada yg terus hidup bergelumang dgn kesukaran dan ada org yg terus hilang daya dgn manifestasi gangguan saraf ataupun kecelaruan psikiatri .
- Stress Yang Memudaratkan
Pendedahan yg berulang dan berterusan kpd stress boleh melemahkan seseorang kpd penyakit fizikal , emosi yg tak stabil , kecelaruan mental dan kerohanian yg tidak tenteram . (Arrrgghh! nie la yg aku alami skang)
Nie akan jadi lebih teruk jika dlm kehidupan tiada xtvt riadah dan bersantai yg membentuk keseimbangan . Ketiadaan xtvt nie akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress . Nie adalah persepsi diri ke atas aspek kehidupan akan terjejas .
Selain dari tuh , stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yg tidak sesuai atau tidak praktikal . Pernah tak kita mengalami prasaan marah ketika terperangkap dlm kesesakan jln raya atau marah kpd pembantu jualan yg menjalankan tugasnya sbg cashier ketika ramai org krn kite trpksa menunggu lame ?.
Ataupun , stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung kpdnya tanpa merelakan ianya berlalu , walaupun punca stress tuh tlah bertahun-tahun lamenye berlalu . (nie laa yg susah nk handle) . Di sini , wujud laa prasaan marah , anxiety , prasaan bersalah , dan ketakutan yg merupakan manifestasi stress yg terus brmain di minda dan prasaan kita . Contoh stress seperti nie , ialah prasaan kecewa dgn peristiwa lama , atau PHD dlm diri kita .
p/s: PHD > Perasaan Hasad Dengki . Aku tak nyatakan stress yg membantu kat cini coz maybe korang dah tahu or korang sendiri tahu menilai ape yg baik dan buruk untuk melakukan sesuatu perkara tuh . tol takk ?
Jadi , belajar lah bertenang , melepaskan dan merelakan adalah penting untuk keharmonian dlm diri , kebahagiaan dan kesihatan .
" Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yg berlaku tetapi oleh pendapat kita tentang apa yang berlaku" Jadi , untuk memulihkan harmoni dlm diri kita mestilah belajar mengenali dan membaiki pengamatan , sikap dan kepercayaan pd diri . Hidup dgn baik dlm diri , dan kita akan belajar hidup dgn baik dgn dunia sekeliling kita .
"Orang bijak yg terperangkap dlm ribut tidak berdoa supaya diselamatkan dari bahaya , tetapi berdoa supaya disisihkan dari ketakutan . Sebenarnya ribut dlm diri yg membahayakan dirinya , dan bukan ribut di luar"
Harmoni dlm diri adalh penting untuk pemikiran yg kreatif , membuat keputusan yg baik , dan menyelesaikan masalah . Jika tiada harmoni dlm diri , pengamatan juga akn gagal , kerana mata kita mematuhi aksi minda . Contohnya jika kita berada dlm keadaan murung , maka kita akan mudah merasa hilang daya apabila berhadapan dgn cabaran . (memang betol tuh . heheh :)) Bila kita hilang daya , bukit tuh pun akan kelihatan seperti setinggi gunung . kolam yang seluas- luas tuh pun akn dilihat seperti sedalamnya lautan yang luas ; kehilangan daya nie juga akan membuat kita gagal melihat pd sumber atau potensi yg sebenar yg ada dlm diri .
Sebaik-baik pertahan adalah Imbangan . So , Say NO to Stress .












No comments:
Post a Comment