CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Time Slows Down Whenever You're Around :)

Thursday, April 21

Penunggu Istana



> Sinopsis Filem Penunggu Istana




Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.
Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

* Info Filem 
Syarikat Penerbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd
Klafikasi : PG13
Filem : 35mm
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 21 April 2011

Aku dah tengok crite nie, tapi konfius ngan jalan crite die ar. Pengambaran crite nie memang real and klip-2 video tuh asli ke? And jalan crite tuh memang benar ke? Ending die tuh memang betol-2 terjadi ke ape? Ape yg jadi sbenar nye kat pelajar yg wat research tuh? 

Seriously takde thrill la bile tgok. Haiyoo, memang laa gune bantuan seekers tapi camne crite nie buleh tayang kat pawagam ek? Okay aku faham. Name pon cerite paranormal kan. Lau crite-2 camnie wat CD pun buleh, macam crite kisah benar Mona Fendi. Orang tak tgok kat pawagam kan? Aku dah macam tengok crite Entiti Bukti jer. Haha :)

Orang yg dok belakang aku memekak jer. Macam die sorang yg tengok wayang, cerite tade la seram mane. Nak je aku cepuk~ Hahaha.
Kalau dah ber-geng2 tuh, sonyap sudah la. Sampai dah abis cerita pun pot pet pot pet agi. Aduhai. Masok tandas pun tak berhenti membebel lagi?? Ngok~ Lau nak komen-komen, kau tak puas hati, pegi laa jumpe pengarah cerita tuh. Kan sonang. pegi la face to face mintak balik RM11, tiket wayang punye pasal. Aku tak berkonan langsong dak-dak camnie. Dok komen-komen macam good-good je kan. "Orang Yang Banyak Bercakap Adalah Orang Yang Akal Nya Tumpul". < Dialog dalam cerita penunggu istane nie. Hehe, aku ingat tau.


P/S: Thanks to member den cz blanje den tgok cerite nie. Hee :) Aku dah naik beku dok lam cinema tuh. 
Moral of this story ; Jage tingkah laku kita bila kita kat tempat orang. Mulot jangan celupar. Jangan mementingkan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan suatu hasil yang baik. Jangan pandai-pandai nak memuja jin. Khurafat tuh :) \Cehh, pandai lina cari nilai-nilai murni dalam cerita nie kan?/ HAHAHOHO.

3 comments:

  1. kat bhgian ats blog tuh de tlis follow..kat sebelah share tuh..tkan je follow tuh :)

    ReplyDelete


Bagi Die Makan Taw :)